Monday, 16 July 2012

Pahlawan Pahlawan Cincin


PAHLAWANPAHLAWANCINCIN......
Part 1

BERABAD-ABAD YANG LALU....12 cincin telah diberikan kepada 12 orang raja-raja di bumi tegah, 8 cincin telah diberikan kepada elf dan 4 cincin telah diberikan kepada dwarf. Semua cincin ini mempunyai kuasa tersendiri dan dibuat oleh seorang  ahli sihir yang hebat, Hakim The Lightning. Semua pemilik cincin ini amat digeruni dan cincin-cincin ini amat diingini oleh musuh-musuh raja-raja serta pemilik cincin yang lain.
Pada suatu hari, seorang raja kegelapan telah bangkit dan membina satu cincin yang boleh menguasai semua cincin. Cincin itu dibuat daripada lava yang paling dalam sekali di Mount of Doom. Raja kegelapan itu mengumpul bala tentera orcnya untuk menguasai Bumi Tengah. 12 raja-raja di bumi tengah telah menjadi hamba kepada raja kegelapan dan menggelarkan raja itu sebagai The Dark Lord Sauron manakala mereka digelar Wraith.

@@@@

Dalam perjalanan kerumah kawan lamanya, Hakim menaiki kereta kudanya kedalm hutan Shire. Kedengaran suara budak-budak bermain di dalam hutan. Budak-budak mengejar keretanya dengan gembira sambil berteriak “Hakim”. Kereta kuda Hakim masih berjalan dan Hakim tersenyum sendiri lalu mengangkat tongkatnya dan menembak satu pancaran kitlat dan kilat itu meletup menjadi bunga api. Budak-budak itu melompat gembira dan bersorak.

Dirumah hadapan rumah kawan lamanya, Hakim mengetuk pintu setinggi bahunya itu. Dia terdengar suara kawannya berteriak, “kalau kamu menjual senjata, saya taknak beli” kawannya berkata begitu kerana di Shire, meeka sedang mengadakan pesta senjata dimana ada orang berlawan senjata dan menjual senjata. Hakim berkata, “kamu tidak mahu berjumpa kawan lama kamu, Faisal”. Faisal membuka pintu lalu terkejut melihat wajah Hakim di muka pintunya.

Tanpa berkata sepatahpun, dia terus memeluk kawannya itu seraya berkata “Hakim, silalah masuk”. Faisal mempelawa Hakim masuk kerumahnya. Hakim terpaksa menundunkkan kepalanya kerana pintu rumah Faisal agak rendah memandangkan Faisal seorang Hobbits. Faisal menanya soalan kepada Hakim sambil membuat teh untuk tetamunya itu “Apa hajat kau datang ke Shire ni”. “Aku dengar khabar angin yang kau telah menemui satu cincin yang berasal dari zaman silam”. Jawab Hakim disertakan dengan soalan”.

 “Ya, aku telah menemui satu cincin yang amat berkuasa tapi aku dapat merasakan satu kuasa gelap datang dari cincin ini”. Faisal menerangkan tentang cincin yang mereka sebutkan itu. Hakim bertanya “boleh tak aku tengok cincin tu?”.  Faisal menjawab, “Ini dia” sambil menghulurkan cincin yang mereka katakan itu. Hakim memlihat-lihat cincin itu. Lalu dia terlintas sesuatu di dalam fikirannya. Dia melihat seorang yang memakai baju besi berwarna hitam memakai cincin itu serta menara yang tinggi bertahtakan mata gergasi di atasnya. Dia tersentak lalu melepaskan cincin itu dari pegangannya.

Dia berkata kepada Faisal secara tiba-tiba, “cincin itu harus dimusnahkan, The Dark Lord sedang bangkit semula dan bilangannya orcnya makin bertambah. That ring must be taken to the Mount of Doom where it was made and to destroy. Saya nak awak bawanya ke kampung sebelah dan jumpa saya di The Raven House. Bawa mereka semua ini bersama awak”. Hakim mengangkat tongkatnya lalu pintu rumah itu terbuka dan tiga orang hobbits tersembam ke lantai. Mereka bertiga adalah Zarul, Azirie dan Qayyum. “ kamu berempat harus bertolak malam ini juga dan berhati-hati. Saya yakin akan ada wraith mengekori kamu”.

Azairie, Zarul dan Qayyum bertanya serentak “apa benda tu wraith”. Hakim menjawab “ wraith tu ialah 12 raja-raja yang tamakkan harta serta gilakan kuasa yang telah menjadi hamba kepada Sauron.
Cepat, bertolak sekarang. Saya perlu menemui seseorang.” Kata Hakim. Tanpa ucapan selamat tinggal, Hakim terus mengambil kudanya dan menunggang sepantas yang boleh menuju ke Isengard.

@@@@

Tibanya Hakim di sebuah menara, dia menuruni kudanya lalu berjumpa seseorang bernama Saruman seraya berkata “cincin itu telah ditemui, Saruman”. Saruman berjalan kedalam satu bilik diikuti oleh Hakim. Diatas meja, ada satu bebola yang dilitupi kain. Saruman membuka kain itu dan menyihir bola itu. Lalu terpancar suatu gambaran dalam bola itu menunjukkan orang di dalam fikiran Hakim tadi.  

Hakim berkata kepada Saruman. “Kita perlu bersiap sedia segera, saya akan ke Rivendell untuk memberitahu puak elf”. Hakim berjalan ke pintu menara itu, tiba-tiba pintu itu tertutup. Dia berjalan ke pintu yang satu lagi dan ia juga tertutup. Dia memandang Saruman. “Jangan jadi bodoh, Hakim. Jangan melawan The Dark Lord itu kalau tidak boleh melawannya, sertainya”.

Hakim mengeluarkan tongkatnya dengan niat hendak menyerang Saruman tetapi satu libasan telah dilepaskan membuat Hakim tercampak ke belakang. Dia menembak satu pancaran kilat membuat Saruman mengeliang-liut apabila terkena pancaran kilat. Dengan satu libasan, tongkat Hakim terpelanting dan di sambut oleh Saruman. Saruman menghulurkan  kedua-dua tongkat itu dan Hakim terapung di udara. Saruman mengangkat Hakim makin tinggi hingga tembus ke bumbung menara itu.

@@@@

Lima Hari Kemudian, perjalanan Faisal, Zarul , Azairie dan Qayyum akhirnya sampai di kampung sebelah.

Tiga Hari Sebelumnya....

“Kita kena begerak lebih cepat, korang semua ingat tak apa yang Hakim cakap pasal Wraith tu” kata Faisal. Tiba-tiba mereka semua terdengar satu jeritan yang menyeramkan. Mereka memandang sekeliling dan ternampak lembaga yang berpakaian kelubung hitam dan menaiki kuda berperisai besi perang berwarna hitam. Lembaga itu mengeluarkan sebilah pedang dan mengejar mereka. Tanpa berlengah-lengah, mereka melarikan diri hingga ke sebuah tasik, Zarul, Qayyum dan Azairie melompat ke sampan yang ada disitu dan mendayung dengan cepat. Malangnya Faisal tertinggal di belakang. Faisal berlari sepantas yang boleh dan wraith itu hanya beberapa meter sahaja di belakangnya. Dia melompat setinggi yang boleh dan jejak di atas sampan. Wraith itu berhenti dan memusingkan kudanya.

No comments:

Post a Comment