PAHLAWANPAHLAWANCINCIN......
Part
1
BERABAD-ABAD
YANG LALU....12 cincin telah diberikan kepada 12
orang raja-raja di bumi tegah, 8 cincin telah diberikan kepada elf dan 4 cincin telah diberikan kepada dwarf. Semua cincin ini mempunyai kuasa
tersendiri dan dibuat oleh seorang ahli
sihir yang hebat, Hakim The Lightning. Semua pemilik cincin ini amat digeruni
dan cincin-cincin ini amat diingini oleh musuh-musuh raja-raja serta pemilik
cincin yang lain.
Pada suatu hari, seorang raja kegelapan telah
bangkit dan membina satu cincin yang boleh menguasai semua cincin. Cincin itu
dibuat daripada lava yang paling dalam sekali di Mount of Doom. Raja kegelapan itu mengumpul bala tentera orcnya untuk menguasai Bumi Tengah. 12
raja-raja di bumi tengah telah menjadi hamba kepada raja kegelapan dan
menggelarkan raja itu sebagai The Dark
Lord Sauron manakala mereka digelar Wraith.
@@@@
Dalam perjalanan kerumah kawan lamanya, Hakim
menaiki kereta kudanya kedalm hutan Shire. Kedengaran suara budak-budak bermain
di dalam hutan. Budak-budak mengejar keretanya dengan gembira sambil berteriak
“Hakim”. Kereta kuda Hakim masih berjalan dan Hakim tersenyum sendiri lalu
mengangkat tongkatnya dan menembak satu pancaran kitlat dan kilat itu meletup
menjadi bunga api. Budak-budak itu melompat gembira dan bersorak.
Dirumah hadapan rumah kawan lamanya, Hakim mengetuk
pintu setinggi bahunya itu. Dia terdengar suara kawannya berteriak, “kalau kamu
menjual senjata, saya taknak beli” kawannya berkata begitu kerana di Shire,
meeka sedang mengadakan pesta senjata dimana ada orang berlawan senjata dan
menjual senjata. Hakim berkata, “kamu tidak mahu berjumpa kawan lama kamu,
Faisal”. Faisal membuka pintu lalu terkejut melihat wajah Hakim di muka pintunya.
Tanpa berkata sepatahpun, dia terus memeluk kawannya
itu seraya berkata “Hakim, silalah masuk”. Faisal mempelawa Hakim masuk
kerumahnya. Hakim terpaksa menundunkkan kepalanya kerana pintu rumah Faisal
agak rendah memandangkan Faisal seorang Hobbits.
Faisal menanya soalan kepada Hakim sambil membuat teh untuk tetamunya itu “Apa
hajat kau datang ke Shire ni”. “Aku dengar khabar angin yang kau telah menemui
satu cincin yang berasal dari zaman silam”. Jawab Hakim disertakan dengan
soalan”.
“Ya, aku telah
menemui satu cincin yang amat berkuasa tapi aku dapat merasakan satu kuasa
gelap datang dari cincin ini”. Faisal menerangkan tentang cincin yang mereka
sebutkan itu. Hakim bertanya “boleh tak aku tengok cincin tu?”. Faisal menjawab, “Ini dia” sambil menghulurkan
cincin yang mereka katakan itu. Hakim memlihat-lihat cincin itu. Lalu dia
terlintas sesuatu di dalam fikirannya. Dia melihat seorang yang memakai baju
besi berwarna hitam memakai cincin itu serta menara yang tinggi bertahtakan
mata gergasi di atasnya. Dia tersentak lalu melepaskan cincin itu dari
pegangannya.
Dia berkata kepada Faisal secara tiba-tiba, “cincin
itu harus dimusnahkan, The Dark Lord sedang bangkit semula dan bilangannya orcnya makin bertambah. That ring must
be taken to the Mount of Doom where it
was made and to destroy. Saya nak awak bawanya ke kampung sebelah dan jumpa
saya di The Raven House. Bawa mereka semua ini bersama awak”. Hakim mengangkat
tongkatnya lalu pintu rumah itu terbuka dan tiga orang hobbits tersembam ke lantai. Mereka bertiga adalah Zarul, Azirie
dan Qayyum. “ kamu berempat harus bertolak malam ini juga dan berhati-hati.
Saya yakin akan ada wraith mengekori
kamu”.
Azairie, Zarul dan Qayyum bertanya serentak “apa
benda tu wraith”. Hakim menjawab “ wraith tu ialah 12 raja-raja yang
tamakkan harta serta gilakan kuasa yang telah menjadi hamba kepada Sauron.
Cepat, bertolak sekarang. Saya perlu menemui
seseorang.” Kata Hakim. Tanpa ucapan selamat tinggal, Hakim terus mengambil
kudanya dan menunggang sepantas yang boleh menuju ke Isengard.
@@@@
Tibanya Hakim di sebuah menara, dia menuruni kudanya
lalu berjumpa seseorang bernama Saruman seraya berkata “cincin itu telah
ditemui, Saruman”. Saruman berjalan kedalam satu bilik diikuti oleh Hakim.
Diatas meja, ada satu bebola yang dilitupi kain. Saruman membuka kain itu dan
menyihir bola itu. Lalu terpancar suatu gambaran dalam bola itu menunjukkan
orang di dalam fikiran Hakim tadi.
Hakim berkata kepada Saruman. “Kita perlu bersiap
sedia segera, saya akan ke Rivendell untuk memberitahu puak elf”. Hakim berjalan ke pintu menara
itu, tiba-tiba pintu itu tertutup. Dia berjalan ke pintu yang satu lagi dan ia
juga tertutup. Dia memandang Saruman. “Jangan jadi bodoh, Hakim. Jangan melawan
The Dark Lord itu kalau tidak boleh melawannya, sertainya”.
Hakim
mengeluarkan tongkatnya dengan niat hendak menyerang Saruman tetapi satu
libasan telah dilepaskan membuat Hakim tercampak ke belakang. Dia menembak satu
pancaran kilat membuat Saruman mengeliang-liut apabila terkena pancaran kilat.
Dengan satu libasan, tongkat Hakim terpelanting dan di sambut oleh Saruman.
Saruman menghulurkan kedua-dua tongkat
itu dan Hakim terapung di udara. Saruman mengangkat Hakim makin tinggi hingga
tembus ke bumbung menara itu.
@@@@
Lima
Hari Kemudian, perjalanan Faisal, Zarul , Azairie dan
Qayyum akhirnya sampai di kampung sebelah.
Tiga
Hari Sebelumnya....
“Kita kena begerak lebih cepat, korang semua ingat
tak apa yang Hakim cakap pasal Wraith
tu” kata Faisal. Tiba-tiba mereka semua terdengar satu jeritan yang
menyeramkan. Mereka memandang sekeliling dan ternampak lembaga yang berpakaian
kelubung hitam dan menaiki kuda berperisai besi perang berwarna hitam. Lembaga
itu mengeluarkan sebilah pedang dan mengejar mereka. Tanpa berlengah-lengah,
mereka melarikan diri hingga ke sebuah tasik, Zarul, Qayyum dan Azairie
melompat ke sampan yang ada disitu dan mendayung dengan cepat. Malangnya Faisal
tertinggal di belakang. Faisal berlari sepantas yang boleh dan wraith itu hanya beberapa meter sahaja
di belakangnya. Dia melompat setinggi yang boleh dan jejak di atas sampan. Wraith itu berhenti dan memusingkan
kudanya.